Wednesday, August 5, 2009

warkah dari seorang pendidik,ibu,kakak dan teman..


Assalamualaikum…. Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh….. Adik-adik sekalian…. Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…?????? Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”. Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua….. Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….????? Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE July 28, 2009 9:12 PM Ustazah Irni…

"TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR"


"argh!!!rindunya aku zaman bergelar warga teknik port dickson dan dan saat aku berada dalam saf kepimpinan MPP"

1 comment:

irni said...

Assalamualaikum…..

Salam bahagia dan salam ceria untuk dirimu…anak-anak didikku Ex MPP maupun bukan…..Terpanggil diri ku untuk melorek kata di warkah bisu ini…..lebih-lebih lagi setelah ku tatapi….warkah bisuku kali pertama dulu…terpapar di laman pc ini… Bukan sekadar ku tatapi warkah bisu itu….malah..pic kita di kala pertemuan kita berlangsung….penuh ceria bukan….indah pertemuan itu…
Kenapa kerinduan sentiasa mekar di hati ???????…..Kenapa ingatan sentiasa segar dalam memori??????…..Pasti kita tahu semua akan jawapannya…..Kerana hubungan yang tercipta antara kita terbit dari hati yang Ikhlas….Jiwa ku yang sentiasa semangat dengan aura untuk mendidik…dan keikhlasan itu tersalur dengan penuh harmoni dalam jiwa pelajar ku…….Mereka dapat menerima ku seadanya….mereka dapat menerima didikan ku dengan senyum…..Bahagianya menjadi seorang guru????.Dan bahagia nya menjadi seorang aku…kerana mempunyai anak didik yang sentiasa mengenangi ku…
Adik-adik ku semua…Ex Mpp…..
Motto kita semua dulu…Masih ingat kan kalian….TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR….di kala ini,…ku terus menggunakannya untuk motto ku dalam perkhidmatan ku di tempat baru…..TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR INSTUTUSI PENDIDIKAN AGAMA”..menjadi identiti ku dalam semua suratku pada penyelaras…dan guru-guru di sekolah yang ku hantar melalui e mail…..Sekadar ingin menyuntik satu budaya kerja yang perlu berpegang kepada asas tertentu dan target yang murni…
Pengalaman mengurus kalian semua….ku jadikan sandaran untuk ku menguruskan kerja ku ini…..Andai dulu ku tak pernah berputus asa memulakan Organisasi kita dari A….dari O…begitu jugaklah yang ku lakukan kini….ku bermula dari O….aku yang harus mewarnai bidang kerjaku ini….andai ku gagal….pasti…IPA akan kecundang…..Justeru..Ku mohon kalian semua,.,….Doakan aku…
Kesayangan ku semua…Doakan bekas Gurumu ini…kerana ku ingin jiwa perjuangan dalam diriku sentiasa mekarrrrr..
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN