Saturday, February 28, 2009

tata tertib tidur

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak

2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.

4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.
6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.

7. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati,manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia
itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya
mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada
dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.

10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazi i ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaiHiinnusyuur.

[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]
Wallahualam

sumber:Dari buletin friendster seorang shbt...

p/s: semoga ilmu ini dimanfaatkan dan tidur kita tidak di ganggu syaitan laknatullah..

KISAH PAHIT SEORANG GIGOLO

Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)


Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo.Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah.

Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.

Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik."Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil. ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"


Huahaha..ha. .ha..


moral of the story: walau bagaimana kita kecewa or frust pun jangan mengambil jalan singkat untuk mengubat kekecewaan kita.

makan la weight gain supaya badan tak kurus sekeping..


sekian...

Friday, February 27, 2009

Adab selepas berhadas

Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing...

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan
si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya" Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga




P/S:berkongsi ilmu pengetahuan..

Wednesday, February 25, 2009

Menunggumu-chrisye ft peterpan



Lirik lagu Menunggumu

Chrisye feat. Peter Pan - Menunggumu

Didalam sebuah cinta…terdapat bahasa
Yang mengalun indah…mengisi jiwa
Merindukan kisah…kita berdua
Yang tak pernah bisa…akan terlupa

Bila Rindu ini..masih milikmu
Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..
Aku menunggumu…

Didalam masa indah…saat bersamamu
Yang tak pernah bisa…akan terlupa
Kenangan masa yang…menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta…aku bertanya

Bila Rindu ini..masih milikmu
Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu
Harus berapa lama..aku menunggumu..

Dalam hati kumenunggu..
Dalam hati kumenunggu..aku…
Dalam benak kumenunggu..
Dalam hati kumenunggu..aku…
Masih menunggu….

Bila Rindu ini..masih milikmu…
Kuhadirkan sebuah..
Harus berapa lama…Harus berapa lama…
Aku menunggumu..aku menunggumu..


Hurm..tetiba jerk malam nih Bb nak download lagu ni.dah lama x dengar lagu nie kerna lagu nie mengingatkan Bb pada kenangan lalu yang cuba dilenyapkan.lagu yang selalu jadi
siulan Bb ketika itew..kini Bb nak tujukan lagu ini buat seseorang(secret).hehe
lagu ini akan jadik kenangan baru Bb...


"pergilah lenyap dibawa angin kenangan yang memilukan"

TAHAN LAMA

Hari nie Bb banyak sgt keje..poning tipon asik berbunyi jerk..hurm..baru sebut..berbunyi dah phone nie..
masa Bb wat entry nie baru pas lunch..perut pun kenyang lagi..so,let kiter kongsi skit ilmu..
hehe..tapi nie bukan la ilmu 18sx.tajuk dier jerk 18 sx..


Petua untuk 'TAHAN LAMA'

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambiksebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?.. Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang adabakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine... Jangan jemur bawah mentari terik, elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... baca doa gak dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan , so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... ataupun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak, tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka !

hehe!!!part yang last tue x best tuh..

Tuesday, February 24, 2009

kes rogol

KES ROGOL BERAMAI2 DLM BAS


Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."


Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!hehe

kiut miut

Aneka Ekspresi Bayi Saat Terlahir, Lucu..!!

Berikut merupakan ekspresi hari pertama para bayi terlahir ke dunia yang penuh dengan kekejaman...

yang mana satukah anda????


no 1

adakah reaksi begini?


















no 2

ganas rockers begini?
















n0 3

notty jelir lidah gini??

















no 4

serius nyerk..takut!!!!

















n0 5

hahahahahahhaaha!!!!

















n0 6

nie besau kasanova nih!!!
huhu
















no 7

tebal nyerk mekap..
besau2 suker melaram la nih..

















no 8

hurm..jenis pendiam kut
















n0 9

nie maybe mat rempit

















no 10


ha nie kaki gayut..

hello..hello..














no 11

hurm...

















no 12

kaki cembeng kut???


















n0 13


huhuhu...
















n0 14


berjiwa rakyat nih...
















n0 15

menggeliat!!!

















no 16

haaa..chak!!!!!

















n0 17



















no 18


ishk!!isk!!!cedih nyaa...

















n0 19

leh jadik model negro
















n0 20


cembeng gak!!!
















no 21

wah!!!tenang jerk..

peace..peace..















no 22

ader hati nak jadik mcm

akak ziana nih...















no 22

uikss!!!
















last not at least.........................presenting

no 23


pergh...yang paling machooo...
















Bb plak yang mana satu yerk??????
hurm..yang nie kut(scrool bawah..tadda)























lebih kurang tak???huhu(terperasan sekejap)












ibu mithali

ibu..bonda..emak..mama..apa jua panggilan pada insan yang paling mulia yang melahirkan kita ke dunia ini..tanpa mereka siapalah kita..

kenapa tetiba Bb menulis tentang artikel mengenai ibu ini?sedang Bb baca email yang di forward oleh teman ofis,Bb sedang membaca kandungan email yang amat menyentuh hati dan memberi pengajaran yang besar kepada kita agar menghargai insan yang melahirkan kita kedunia ini selagi berkesempatan melihat mereka..kerana setelah mereka tiada tidak akan ada lagi pengganti mereka.

nabi muhammad pernah bersabda dimana seorang sahabat pernah bertanya kepada baginda siapakah yang patut kita sayang?maka jawab baginda,orang yang perlu kita sayang adalah

pertama, IBU

kedua, IBU

ketiga, IBU

keempat,baru lah AYAH..

lihatlah betapa mulia dan tinggi nya darjat seorang ibu..
(begitulah lebih kurang hadis yang di petik dari sabda nabi muhammad)

Berbalik kepada email yang kawan Bb forward td,begitu menyentuh hati dn perasaan Bb membaca artikal tersebut(sehingga meleleh air mata,emosi sekejap...Bb ingin berkongsi dengan anda semua dan ambil la iktibar dari cerita di bawah....

For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan..


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah .. Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu..

Di sini Bb ingin beritahu pada emak Bb bahawa Bb sgt menyanyangi nya..

i luv u so much emak

Sunday, February 22, 2009

cinema Geng:pengembaraan bermula


Semalam bAdBoYz(hurm..panjang bebenor lak nak type,oleh itew mulai hari nie bAdBoYz guna Bb jerk sbg ganti nama bAdBoYz) dan kawan,kiter orang gie tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang.So,Bb pun gie saner tuk dapatkan tiket.Tapi subhanallah,sampai jerk kat MBO tgk orang beratur sepanjang2 nya untuk tgk wayang dan semestinya ramai yang dtg untuk menonton filem Geng:pengambaraan bermula ipin & upin.Terpaksa la Bb pun beratur panjang juga.nasi malang sekali lagi,sambil2 beratur,kat board Bb tgk dier orang notice filem upin ipin nie sold out sampai tayangan 10.30.Bb ingat nak menonton tayangan 10.30 tp dah sold out nak wat cam ner?hurm..tgk nasib la macam ner sbb last tayangan adalah tayangan midnight..dan Alhamdulillah dapat gak Bb ticket tuk dua org.walaupun beratur panjang sebelum nie.Jadi sementara menunggu tayangan tgh malam,lebih baik Bb pie amik kwn dulu kemudian kiter org gie makan kat dato keramat.selepas makan ngam2 jerk kiter org sampai kat MBO ampang.Seperti reaksi org ramai terhadap filem ini masa Bb beratur masa beli ticket begitu juga sambutan penonton dlm panggung apabila tayangan mula start..gamat dan pecah panggung dengan gelak tawa penonton dengan gelagat aksi watak2 dlm filem ini.Bagi pertama kali filem seumpama ini di malaysia,Bb bagi 5 star dan ternyata x menyesal dtg menonton upin dan ipin ini coz der kawan2 duk gelak kat Bb biler kater nak gie tgk upin & ipin.Jalan cerita yang x meleret2 dan sempoi serta unsur komedi yang menggeletek hati setiap penonton dari awal hingga akhir membuatkan panggung MO agak gempita juga.Bb juga sepanjang filem tue asik tertawa jer ngan gelagat watak dlm filem nie terutama sekali si ipin dan upin tue..namun terdapat sedikit kekurangan dimana di awal filem agak slow sedikit jalan citer dier.namun selepas itew semua penonton sampai x mampu menutup mulut menahan gelak..

antara adegan2 yang melucukan dlm upin dan ipin:



watak adegan yang paling Bb suka



memang kelakar giler


Datang la menonton ramai2..pasti anda takkan menyesal dan marila kiter menyokong filem buatan kita

Wednesday, February 18, 2009

im yours-jason Mraz



first time dengar lagu nie kat caller ringtone henset kawan2..bAdBoYz rasa something yang menarik about this song..

Then keep always wanna to listen to this song..

lyrics I'm Yours-Jason Mraz

Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our godforsaken right to be loved loved loved loved loved

So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate
I'm yours

Scooch on over closer, dear
And I will nibble your ear

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue

But I won't hesitate no more,
no more it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours

so please don't, please don't, please don't,
there's no need to complicate,
Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours

STANDBY KERJA

Hari nie bAdBoYz badan penat2 sangat..x berapa cukup tido.semalam kene standby malam kat opis sampai pagi tadi..dekat2 kul 7 pagi tadi baru balik rumah..hampir seharian kat opis semalam.dekat2 kul 3 ptg tadi baru bangun..dah terlewat bangun nak gie opis balik..
alamak!!!!dah la lambat bangun..malas pulak bAdBoYz nak gie opis..makan pun belum lagi.
selepas bersiap2 mandi,bAdBoYz pun gie makan isi perut kat kedai kawasan umah nie..huhu!!!
ponteng kerja bAdBoYz hari nie..
tapi bersyukur dan berterima kasih sgt dengan kecanggihan technologi skang..x payah susah2 pergi opis..iyer la dah lambatkan..masa terbuang kat atas jalan jerk nati..bAdBoYz cumer perlukan remote PC jerk dari opis..haaa!!!mudahkan.........x payah gie opis,tapi still buleh wat keje opis dari umah lagi..hehe...very easy..

Tuesday, February 17, 2009

OH my God

inikah azizah mahzan yang berlakon dlm spa q tue di luar set pengembaran???
memang betul2 rumah kata pergi kubur kata mari(emosi sekejap)
hurm...masya Allah dasyat!!!!
tau la anda itew artis..
namun janganlah dunia lakonan itew anda bawa sekali dlm dunia nyata cara hidup itew..
sungguh menyedihkan...


Photobucket

daring giler..

Photobucket

adakah lakonan atau realiti??

Photobucket

botol apa itew???

p/s: Buat renung2 kiter semua..sumber di ambil dari private email...






Monday, February 16, 2009

mendung telah berlalu...

malam nie bAdBoYz kembali ceria.....
yer la kan..ptg tadi moody jerk...sampai monteng keje(act amik half day)..
punya la serabut amat petang tadi..sampai tahap dah x mampu nak tampung beban dlm kepala.
sejak dari petang tadi dok call2 org tersayang,tp x dpt2..
last2 pas maghrib tadi dpt call..



Dah berborak,meluahkan rasa beban..hati bAdBoYz kembali ceria...
Lapang sungguh rasanya pikiran malam nih...
sejak dari petang tadi bAdBoYz melepak kat diri kat bukit belakang ampang nun..
nyaman sungguh angin sepoi2 bahasa selepas hujan..
lama gak duk tercangak kat bkt nun tgk keindahan dan keajaiban alam..
lega dan lapang sgt fikiran rasanya..



malam nie dah kembali pulih semula seperti biasa...

karaoke with my bro

waktu nie gie karaoke with my bro..

kat specturem ampang...

seronok time nie layan karaoke!!!!

malam tuh der la lebih 20 lagu nyanyi....

balun jerk....


Photobucket

makan kat kedai akak char kuew tiow



Photobucket
leka mandang sapo la brother then nih!!!


Photobucket

nanyi x ingat dunia..sampai serak2 suara



Photobucket

sikit bertuah klu dapek masuk AF

BETULKAH????

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi
.

Moody!!!



Hari nie bAdBoYz moody jerk!!!tak der semangat nak keje..



Hati nie rasa sayu jerk..dan hari nie bAdBoyz keje setengah hari jerk!!!



Petang bAdBoYz amik cuti sendiri..betul2 x der semangat nak keje.



Baik duk lepak kat umah jerk!!!



Kepala pun tengah berserabut....



inilah natijahnya kalu bAdBoYz dah mula sayang seseorang...



Namun insan itew mungkin hak milik Orang lain..










semendung hiasan hatiku....










Saturday, February 14, 2009

mY preVious LifE!!!!

a Few YEArs Ago aROUnd mY liFE. Just share here a few pictureS.. pictuRes sTory AbOuT Your lIFe All AbOUt mE!!!!!!!!!!!!


waKtu akU kecik2!!!!!
comel wa ckp lu..



















SkOOL time!!!!