Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label tanggungjawab. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

warkah dari seorang pendidik,ibu,kakak dan teman..


Assalamualaikum…. Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh….. Adik-adik sekalian…. Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…?????? Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”. Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua….. Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….????? Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE July 28, 2009 9:12 PM Ustazah Irni…

"TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR"


"argh!!!rindunya aku zaman bergelar warga teknik port dickson dan dan saat aku berada dalam saf kepimpinan MPP"

Tuesday, March 10, 2009

4 jenis lelaki

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Na'uzubillah! Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul!

Pertama: Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri, walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya, Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat: Anak lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Firman ALLAH SWT:- 'HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI MU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...'

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita