Showing posts with label PENDIDIK. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIK. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

warkah dari seorang pendidik,ibu,kakak dan teman..


Assalamualaikum…. Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh….. Adik-adik sekalian…. Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…?????? Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”. Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua….. Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….????? Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE July 28, 2009 9:12 PM Ustazah Irni…

"TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR"


"argh!!!rindunya aku zaman bergelar warga teknik port dickson dan dan saat aku berada dalam saf kepimpinan MPP"

Tuesday, May 26, 2009

tinggal kenangan..segar dlm ingatan

kalau sebut kepimpinan,manusia sedari kecil dan fitrah nya dilahirkan sebagai pemimpin.cuma tepulang pada dii kita sendiri sama ada mahu ajdi pemimpin yang baik ataupun sebaliknya.kepimpinan di serapkan dlm kehidupan aku sedari aku di sekolah rendah lagi,lalu bila aku semakin menginjak dewasa aku di dedahkan dan bergerak secara langsung dlm organisasi kepimpinan yang lebih besar dan tanggungjawab lebih mencabar.dan aku belajar menjadi seorang pemimpin yang bewibawa dan berkarisma bila aku menyertai keluarga MPP SMTPD.di sini aku belajar menjadi pemimpin sejati..

walaupun MPP SMTPD telah di bubarkan dan hanya tinggal kenangan,bagi kami yang pernah bergelar pemimpin MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR dan berada dlm barisan kepimpinan,MPP tidak pernah pupus dlm ingatan kami,malah masih segar dlm ingatan.insan yang bertanggungjawab memimpin dan mendorong kami menjadi pemimpin yang baik adalah PN CHE RAZI YUSNITA IRNI BTE CHE WAN..beliau menjadi model dan kebanggaan kepada kami yang pernah bernaung di bawah tunjuk ajar kepimpinan beliau..sempena hari guru yang berlalu minggu lepas pada 16 mei 2009,aku dan bebrapa bekas pemimpin MPP telah meraikan guru kebanggan kami Pn Irni di alamanda...setelah sekian lama kami meninggalkan bangku sekolah,kenangan bergelar pemimpin pelajar masih segar dlm ingatan..mcm baru semalam kami meninggalkan alam persekolahan yang amat mengujakan dan menyeronokkan...

antara bekas2 exco Majlis Perwakilan Pelajar SMTPD

penasihat MPP SMTPD,ustazah irni
tetap maintain cun,anak dah 4 nih..huhu


aku dan ikmal,(Timb presiden 2002)

mardiana(exco 1997) dan errena

hah..tue dia..ustazah rock katanya..maintain ayu...

mardiana(exco 1997),errena(exco 2003),atiqah(exco 2004) dan liza(exco 2003)

anak2 ustazah

izzudin(abg bas nih..exco kebajikan 2002) dan ustazah

uztazah,Ali(presiden 2003)dan atiqah

nazri dan bakal org rumah(exco keceriaan 2002)

anas(presiden 1997) dan aku exco 2002


"pembubaran mu tidak mematahkan kami menyumbang bakti"

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru 2009

di kesempatan ini boy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang bernama guru kerana tidak jemu mendidik boy sehingga menjadi manusia yang berguna...dan tidak lupa juga kepada ibubapa boy yang merupakan guru yang tulen yang mengajar boy sedari kecil..

TABIKA KEMAS PALONG 14,N9
(1991)

SEK REN KEB PALONG 14,N9
(1992-1993)

SEK REN KEB SAHABAT 16,SABAH
(1994-1997)

ASRAMA SEMAI BAKTI KELANA JAYA,SELANGOR
(1998-2000)

SEK MEN SULTAN ABDUL SAMAD,PETALING JAYA
(1998-2000)

SEK MEN TEKNIK PORT DICKSON,N9
(2000-2002)

NEGERI SEMBILAN SKILL DEVELOPMENT CENTRE
(2003)

POLITEKNIK PORT DICKSON,N9
(2004-2006)

UTM SPACE,KUALA LUMPUR
(2009-PRESENT)




Abadi Dalam Harum Nama




Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.