Friday, August 21, 2009

salam ramadhan

salam ramadhan buat semua umat islam

dan juga kepada semua kengkawan dan sahabat handai

pagi2 bangun sahur,

tongah hari pun jgn plak nak sahur lagi weh..

pose kene penuh wehhh!!!!






Wednesday, August 19, 2009

game~~kala kebosanan

mobsters game online

kalau bosan2,atau pas balik keje tuh kepala aku ngah semak,
aku suke melayan game nih,
game online mobsters..
dekat 2 tahun dah aku main game nih,
tapi baru level 63..
sbb dulu xder tenet kat umh..
so x selalu dapat main..
skang klu aku bosan2 nie lah keje aku hari2..

mafia wars game

heroes

Tuesday, August 18, 2009

cuti..lepak umah jerk...

sebenarnya sudah 3 hari aku bercuti..x ke mana pun..sekadar melepak dan menghabiskan masa di rumah..kebanyakkan masa aku berselubung saja dalam selimut..huhu..saja merehatkan otak yang sarat dengan masalah dan hidup aku yang agak kucar kacir..kebelakangan nie...terasa bosan,sekali sekala aku keluar gak dari sangkar emas aku nie,mencari ketenangan di luar yang aku rasa dapat mendamaikan fikiran aku....dah bosan kt luar,aku balik semula ke sangkar aku...menghadap komputer aku yang x pernah aku tutup nih...membelek dan meneroka blog orang lain..sekali sekala,aku akan on9 ym aku...dan meghabiskan masa ku dengan bermain game...hilang juga seketika perkara2 dan masalah yang membelengu fikiran nih..cutiku sudah habis..esok aku kene mengadap semula kerja2 di pejabat yang x pernah habis...mungkin dengan menyibukkan diri semula di pejabat mampu membuatkan aku leka dan lupa segala masalah yang menyesakkan kepala aku nih...hanya beberapa hari saja lagi ramadhan bakal menjengah..selamat datang bulan ramadhan...ntah tahun nie dapat ke tak aku bersahur dan berbuka di kampung bersama mak ngan ayah pada puasa pertama...tengok la nati...sejak zaman aku belajar dulu kalau boleh aku akan pastikan setiap kali puasa pertama aku akan bersama keluarga...tapi skang kene pikir dua kali sebab ntah larat ke tidak aku nak balik ke kuala lipis nun yang mengambil masa hampir 4 jam aku atas motor..panas punggung aku atas motor tuh...hu3..



Monday, August 17, 2009

aku di uji lagi...

bukan di namakan kehidupan kalau tidak penuh dengan dugaan..
tidak dinamakan manusia andai tidak diuji dengan musibah..
tidak terkecuali aku..
ujian yang melanda hampir menewaskan aku..

setiakawan di persoalkan???
musuh dalam selimut..
kebaikan aku di eskplotasi..
kepercayaan aku di khianati..
hati aku di siat2 belati..

namun aku tegar gagah berdiri...
adanya insan-insan yang teguh di belakangku..

tiada lagi



Tiada Lagi

sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Wednesday, August 5, 2009

warkah dari seorang pendidik,ibu,kakak dan teman..


Assalamualaikum…. Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh….. Adik-adik sekalian…. Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…?????? Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”. Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua….. Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….????? Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE July 28, 2009 9:12 PM Ustazah Irni…

"TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR"


"argh!!!rindunya aku zaman bergelar warga teknik port dickson dan dan saat aku berada dalam saf kepimpinan MPP"