Monday, December 14, 2009

siaran tertunda-Hari raya korban

raya haji tahun ini telah berlalu..sebulan lebih yang lepas.agak lama aku tak update dan menjengah blog aku nih..kesibukan keje dan rutin harian,membuatkan aku tiada masa mencoretkan tinta di ruang pena ini..go straitgh to the point,sebelum aku melalut lebih jauh..

raya haji tahun ini aku balik ke negeri sembilan.walaupun orang tua aku duk di kuala lipis,namun bila tiba perayaan macam nie pasti kami sekeluarga akan balik ke kampung.lagipun tahun ini ayah aku melakukan ibadah korban.so aku dan adik lelaki aku di pertanggungjawabkan menyudahkan ibadah korban ini.

selepas sembahyang jumaat,orang taman aku berkumpul ramai2 di balai raya untuk melaksanakan ibdah korban..lebih kurang jam 2.30 ptg acara pun bermula.dan nama ayah aku naik antara group pertama yang akan melakukan ibadah korban..dan ini merupakan kali pertama dlm hidup aku terlibat dlm ibadah korban.dan ia satu pengalaman yang amat menarik..


lembu yang dikorbankan

di rebahkan oleh org taman dan diikat kakinya..

ready untuk disembelih

akhirnya..terkorban jau ianya..

orang taman bergotong royong melapah korban..

No comments: